fbpx
MULA sedar apabila meningkat usia, Awal menyesali sikap 'nantilah dulu' sewaktu zaman muda banyak menutup peluangnya dalam karier mahupun akademik.

‘Kalau dapat putar balik masa, saya nak buat semua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Meskipun sudah berada di puncak kerjaya sebagai pengacara, Awal Ashaari mengakui timbul rasa kesal terhadap beberapa keputusan yang dibuat ketika zaman muda.

Sekiranya diberi peluang, Awal atau nama lengkapnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 45, mahu menasihati dirinya yang muda agar tidak membuang masa dan berani mencuba perkara baharu.

“Kalau saya fikir 10 tahun lepas, saya cakap dengan diri saya, jangan buang masa sebab saya dahulu masa muda banyak sangat sia-siakan waktu.

“Dahulu kita macam ‘tak apa, kita ada banyak masa lagi’. Orang suruh buat ‘nantilah, fikir dulu tiga atau empat tahun baru buat’, sekarang ini kita macam tiada masa dah.

“Kalau saya boleh putar balik masa, saya akan cakap dekat diri saya masa muda buat saja semua.

“Saya harap dapat putar balik masa untuk buat semua benda yang saya rasa nantilah dulu. Sekarang umur saya dah tak sesuai,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah suami kepada pelakon Scha Alyahya itu, antara perkara yang paling dikesali adalah sikap tangguh dalam menerima peluang kerjaya khususnya untuk terlibat dalam pementasan teater.

“Antara yang menyesal tak buat dahulu adalah tak mencuba benda baharu. Dahulu kalau orang suruh buat teater, saya cakap nanti dulu.

“Sampai satu tahap, sekarang bila umur sudah begini, tiada siapa mahu ambil saya buat teater lagi. Jadi, berlakon teater adalah perkara yang saya belum ‘tick’ (laksanakan) sepanjang menjadi selebriti.

“Takkan sekarang mahu berlakon watak bapa pula dalam teater? Dah tak seronoklah, masa ada tawaran watak hero, dahulu saya tak bersedia,” jelasnya.

Selain kerjaya, Awal juga menyesali keputusan tidak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Kalau dahulu nak lanjutkan pelajaran contoh ke bidang lebih tinggi tapi saya macam ‘nantilah dulu, ada duit relaks sikit’.

“Tangguh tapi sekarang bila dah sampai tahap ini nak masuk belajar rasa macam malu,” tuturnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN