fbpx
Gambar dikongsikan Thread Travel Jimat memperlihatkan papan tanda di Fujikawaguchiko, Jepun yang ditampal pelekat dipercayai dilakukan pelancong Malaysia.

Jangan sampai pelancong Malaysia kena ‘blacklist’ ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan segelintir pelancong Malaysia yang didakwa melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab sewaktu mengembara atau melancong ke luar negara mengundang kemarahan rakyat negara ini.

Terbaharu, pengguna Thread Travel Jimat memuat naik gambar papan tanda di kawasan tarikan di Fujikawaguchiko, Jepun yang mana terdapat pelekat dilekatkan di situ dipercayai dilakukan pelancong Malaysia.

Hal ini berdasarkan pelekat tersebut yang terdapat bendera Malaysia tertera di situ.

“Memalukan. Hari tu viral (tular) orang Malaysia buat onar kat Bamboo Forest, Kyoto. Hari ni saya terjumpa sticker (pelekat) group Semangat Hikers di belakang papan tanda di Fuji Ropeway.

“Tolonglah kalau pergi mana-mana pun kat dunia, janganlah memalukan nama Malaysia. Saya dah buang sticker (pelekat) ni demi menjaga nama Malaysia,” menurut hantaran berkenaan.

Perkongsian itu mendapat pelbagai maklum balas rakyat Malaysia yang marah dengan segelintir pelancong dari negara ini didakwa tidak mematuhi peraturan dan disiplin ketika berada di luar negara.

“Tak cerdik tukang tampal tu. Dengan bendera Malaysia. Nak jadi bodoh, biar bodoh seorang. Jangan buat orang Malaysia lain terpalit sama,” kata pengguna Thread Nuraishahazmi99.

“Terima kasih sebab buang. Dah lah terang-terang bendera Malaysia dekat situ,” komen Nqz.

“Jangan sampai imigresen blacklist (senarai hitam) pelancong Malaysia. Waktu itu payah lah kita orang Malaysia yang ada kepentingan kat Jepun nak ulang-alik Jepun,” komen Syafrahshukri.

“Kita selalu mengata negara lain tak ada ada. Rupa-rupanya kita lagi dahsyat,” komen Zamri9850. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN