fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Rozaimi di laman Facebook.

Jangan nilai manusia mengikut keturunan – Dr. Rozaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Masyarakat diingatkan agar tidak menilai seseorang berdasarkan kemuliaan nasab atau keturunan semata-mata, sebaliknya melalui akhlak dan amal soleh yang menjadi ukuran sebenar di sisi Allah.

Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menerusi hantaran di Facebook berkata, kebiasaan nama Syed atau al-Sharif sering disandarkan dengan jalur keturunan yang mulia, namun ia bukan jaminan kelebihan dari sudut iman dan amal.

Menurut beliau, Rasulullah SAW sendiri menegaskan perkara tersebut melalui sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud, sesiapa yang amalannya kurang, nasabnya tidak akan membantu untuk menambahnya.

“Justeru, jangan hanya sekadar melihat seseorang berdasarkan kemuliaan nasab semata-mata sahaja. Akhlak dan amal soleh lebih utama,” katanya.

Beliau turut mengingatkan dalam sirah Islam, terdapat contoh individu yang berasal daripada keturunan kafir, namun menjadi mukmin sejati antaranya Ikrimah bin Abu Jahal yang akhirnya menjadi sahabat Rasulullah SAW dan turut berjuang bersama baginda dalam peperangan.

Tambah beliau, individu yang memiliki nasab keturunan yang mulia tetap tertakluk kepada hukum sekiranya didapati bersalah dan tidak terkecuali daripada keadilan.

“Pada akhirnya, kita masuk syurga dengan rahmat Allah. Untuk mendapatkan rahmat-Nya, perlu ikhlas beribadah dan berpegang teguh kepada syariat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN