fbpx
ARSENAL gagal mengambil kesempatan untuk meraih kedudukan lebih selesa di persada EPL selepas berdepan kekalahan kepada United awal pagi semalam. - AFP

EPL: Impian kejuaraan Arsenal semakin goyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa para pemainnya menunjukkan karakter terbaik untuk berdepan kekalahan 2-3 kepada Manchester United bagi membolehkan mereka membuka fasa baharu dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kekalahan tersebut meranapkan impian Arsenal untuk melebarkan jurang sebagai pendahulu kepada tujuh mata apabila mereka kini dicabar dua pasukan, Manchester City dan Aston Villa yang berkongsi 46 mata dan hanya kekurangan empat mata.

“Margin sebelum ini tidak begitu besar dan kami menjadikan ia semakin mengecil dengan kekalahan ini. Sekarang kami perlu memberikan reaksi dan melihat semula apa yang telah berlaku.

“Perlawanan kali ini menyaksikan kami tidak beraksi pada tahap terbaik, kami terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal. Kami memberikan mereka jaringan yang bukan kebiasaan, dua jaringan mereka itu sangat hebat.

“Sepanjang 30 minit pertama, kami mengawal permainan, menjaringkan gol, tetapi selepas banyak kali kami memberikan mereka bola di kawasan penting, kami mula hilang kawalan dan dominasi. Seterusnya aksi kami menjadi kelam-kabut,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Arsenal buat kali pertama berdepan kekalahan dalam 13 perlawanan terakhir selepas tewas kepada Aston Villa pada Disember, selain ia meleburkan rekod 18 aksi tanpa kalah mereka di laman sendiri sejak Mei tahun lalu ketika tumbang berdepan Bournemouth.
Sementara itu, United pula berjaya menamatkan badi Emirates apabila meraih kemenangan kali pertama aksi EPL di stadium berkenaan selepas kali terakhir menikmatinya pada 2 Disember 2017.
“Kami perlu belajar. Kekalahan juga sebahagian daripada proses pembelajaran untuk meraih kemenangan dan kami perlu menerimanya. Apabila kami berdepan situasi seperti ini, kami perlu menunjukkan kebersamaan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN