fbpx
SZE FEI (kanan) dan Izzuddin ceria menunjukkan trofi dan plak kemenangan selepas menjuarai Indonesia Masters kelmarin. - AFP

DinFei lega tamat kemarau kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS lebih setahun, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kembali menikmati kejuaraan apabila merangkul gelaran Kejohanan Badminton Indonesia Masters.

Bekas gandingan No. 1 dunia itu menampilkan aksi cukup baik membenam beregu tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin menerusi kemenangan straight set 21-19, 21-13 dalam tempoh 37 minit.

Izzuddin menganggap kemenangan itu sangat bermakna buat dia dan Sze Fei selain berharap ia akan menjadi suntikan semangat untuk mereka memburu lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Ini merupakan kemenangan yang sangat bermakna untuk kami berdua kerana sudah lama kami bergelut dengan prestasi. Sudah tentu ia akan menaikkan lagi semangat kami untuk kejohanan seterusnya.

“Sasaran kami selepas ini adalah untuk memastikan prestasi dapat dikekalkan selain terus berada dalam kelompok teratas,” katanya selepas tamat perlawanan akhir di Istora Senayan kelmarin.

Sebagai rekod, ini merupakan gelaran pertama dalam tempoh lebih setahun buat gandingan yang diberikan julukan DinFei itu selepas kali terakhir melakukannya pada Terbuka India Januari tahun lalu.

Sze Fei-Izzuddin juga memastikan gelaran bagi acara beregu lelaki pada Indonesia Masters terus kekal menjadi milik Malaysia selepas dimenangi Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam edisi tahun lalu.

Sementara itu, Sze Fei pula mengakui mereka tidak berdepan tugas mudah pada aksi final berkenaan memandangkan perlu berdepan ribuan penyokong tuan rumah di gelanggang keramat mereka itu.

“Saya rasa sangat tertekan kerana perlu bermain ‘menentang’ satu Istora tetapi suasana itu sangat luar biasa. Terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN