fbpx
Gambar menunjukkan jet Bombardier Challenger 600. - Getty Images

7 maut, jet peribadi terbalik, terbakar semasa berlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGOR, MAINE – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala seorang lagi cedera selepas jet peribadi dinaiki mereka terhempas ketika berlepas dari sebuah lapangan terbang di negeri Maine, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Jet jenis Bombardier Challenger 600 itu terhempas sekitar pukul 7.45 (waktu tempatan)  di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangor kelmarin. 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, mangsa  terselamat dalam nahas itu adalah kru penerbangan. 

“Juruterbang dilaporkan bergelut dengan jarak penglihatan yang kabur di lapangan terbang sebelum pesawat  terbalik dan terbakar,” kata FAA. 

Insiden itu berlaku ketika ribut musim sejuk melanda sebahagian besar Amerika Syarikat (AS), meragut beberapa nyawa dan menyebabkan jutaan penduduk terputus bekalan elektrik. 

FAA menambah, jet membawa lapan penumpang itu terhempas dalam keadaan tidak diketahui semasa berlepas malam semalam. 

Nahas itu berlaku di tengah-tengah ribut musim sejuk, dengan lebih 11,000 penerbangan dibatalkan dan hampir 5,500 lagi ditangguhkan di seluruh AS kelmarin, demikian menurut laman web penjejakan penerbangan FlightAware. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN