fbpx
ISA (duduk tengah) mengadakan sidang akhbar di Kempas, Johor Bahru hari ini menggesa supaya jawatan pengerusi Bersatu Johor diganti kepada individu lain. Foto RAJA JAAFAR ALI

14 Ketua Bahagian Bersatu Johor gesa jawatan pengerusi negeri diganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seramai 14 Ketua Bahagian Bersatu di negeri ini menggesa pucuk pimpinan tertinggi parti untuk menggantikan kedudukan Datuk Dr. Sahruddin Jamal sebagai Pengerusi Bersatu Johor menjelang pilihan raya akan datang.

Ketua Bahagian Bersatu Pontian, Datuk Isa Ab. Hamid berkata, tindakan itu susulan kehilangan kepercayaan dalam kalangan ketua-ketua bahagian terhadap kepimpinan bekas Menteri Besar Johor tersebut selain menyifatkan jawatan tersebut seharusnya disandang oleh mana-mana individu daripada 26 ketua bahagian yang ada di Johor.

“Sidang akhbar ini bukan untuk membuka pekung atau bercerita keburukan mana-mana pihak, cuma ini gesaan daripada kami ketua-ketua bahagian Bersatu Johor agar kepimpinan negeri ditukarkan. Ini kerana selain kehilangan kepercayaan terhadap Dr. Sahruddin, kepimpinan beliau turut dipertikaikan. Ini demi perpaduan dan imej Bersatu Johor kepada ahli-ahlinya dan penyokong,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Kelab Kopi Lama, Kempas di sini hari ini.

Selain Bersatu Pontian, sidang akhbar tersebut turut dihadiri Ketua Bahagian Bersatu dari Johor Bahru; Pontian, Tanjung Piai, Pulai, Pengerang, Parit Sulong, Ledang dan Labis.

Tambah Isa, perkara tersebut telah disuarakan kepada bekas Pengerusi Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebelum ini namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga memaksa ketua-ketua bahagian membuat sidang akhbar secara terbuka.

“Apa yang kami lakukan ini berisiko, jika kami hanya fikir menjadi calon dalam pilihan raya, mungkin kami akan berdiam diri. Namun kami memilih bersuara untuk kebaikan parti.

“Kami berharap akan ada transisi kepimpinan negeri sebelum pilihan raya, sekiranya tiada kami akan mengambil tindakan bersesuaian selanjutnya,” ujarnya.

Sementara itu, bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon memberitahu kepimpinan tertinggi Bersatu agar tidak mengabaikan suara ketua-ketua bahagian.

“Kepimpinan parti jangan abaikan pandangan dan suara akar umbi, sebaliknya kita perlu berjiwa besar kerana sayangkan parti ini dan masa depannya apatah lagi dalam tempoh kita akan berdepan pilihan raya negeri dan pilihan raya umum,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN