fbpx
Chun Yee menunjukkan sebuah motosikal Yamaha Y15 yang disita di IPD Kota Bharu semalam. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

Ysuku, EX5 paling banyak diubah suai, nak tunjuk lagak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Motosikal jenis Yamaha Y15 dan Honda EX5 dikesan paling banyak diubah suai oleh golongan remaja di daerah ini untuk menunjuk lagak dengan menunggang secara berbahaya di atas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, dapatan itu diperoleh pihaknya semasa menjalankan Op Samseng Jalanan dan Ops Bersepadu di persimpangan lampu isyarat di Maahad Muhammadi Jalan Pengkalan Chepa di disini hujung minggu lalu.

Menurutnya, lebih 50 peratus daripada motosikal yang disita terdiri daripada motosikal jenis Yamaha Y15 dan Honda EX5.

“Kebanyakan penunggang motosikal kedua-dua jenis motosikal yang ditahan untuk pemeriksaan terdiri daripada remaja dan pemuda berusia 14 hingga 28 tahun.

“Siasatan mendapati, motosikal jenis Yamaha Y15 dan Honda EX5 itu diubah suai pada bahagian ekzos sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat yang mengganggu ketenteraman Awam penduduk setempat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini semalam.

Mohd. Azmir memberitahu, menerusi operasi yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Bharu, Asisten Suprintendan Boon Chun Yee itu, pihaknya mengeluarkan sebanyak 210 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik.

Menurutnya, daripada jumlah itu, polis menyita sebanyak 44 jenis motosikal yang diubah suai secara keterlaluan.

“Seorang remaja yang ditahan menerima 18 saman melibatkan jumlah sebanyak RM2,700 atas pelbagai kesalahan trafik seperti tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh, tiada insurans, tayar kecil, nombor pendaftaran tidak mengikut saiz, ekzos dan ubah suai komponen penyerap hentakan.

“Semakan mendapati, remaja terbabit pernah disaman, namun masih berdegil dan terus melakukan kesalahan di jalan raya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd.Azmir berkata, pihaknya banyak menerima aduan daripada penduduk mengenai penunggang motosikal yang berlumba dan membuat bising berhampiran kawasan masjid.

Menurutnya, kebanyakan daripada penunggang motosikal yang ditahan terdiri daripada golongan remaja yang yang tidak mempunyai lesen memandu dan tidak serik meskipun sudah beberapa kali ditahan dan disaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI