fbpx
Fadil.

JSJK Bukit Aman ambil alih siasatan laporan bekas Panglima Tentera Darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung dua laporan polis membabitkan dakwaan pendedahan dokumen sulit serta penyebaran kenyataan tidak benar yang dikaitkan dengan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, kini diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Saya sahkan laporan diterima. Kandungan dan siasatan telah diambil alih oleh JSJK Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Muhammad Hafizuddeain membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada pukul 1 tengah hari tadi berhubung dakwaan pendedahan dokumen sulit dan penyebaran kenyataan tidak benar yang dikaitkan dengan dirinya.

Laporan pertama adalah berkaitan pendedahan dan penyebaran dokumen yang bersifat sulit dan dilindungi termasuk penyata akaun bank Muhammad Hafizuddeain dan beberapa dokumen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diklasifikasikan rahsia.

Laporan kedua pula berkaitan penyebaran kenyataan tidak benar dan bersifat fitnah oleh pihak tertentu termasuk dakwaan Muhammad Hafizuddeain memakai jam tangan mewah ketika pertuduhan di mahkamah minggu lalu.

Dakwaan itu dikatakan tidak berasas kerana aksesori tersebut bukan berjenama dan bernilai tinggi, sebaliknya jam rasmi yang dikeluarkan oleh ATM dan tertera tulisan ‘Chief of Army Malaysia’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI