fbpx
Saarani

Syarikat melombong perlu patuh SOP, jangan mengelak – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Perak tidak akan berkompromi perihal aktiviti perlombongan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan yang mampu menjejaskan kesihatan dan nyawa rakyat negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri meletakkan kesihatan dan nyawa rakyat jauh lebih penting daripada keperluan untuk mendapat pendapatan berasaskan perlombongan.

“Mengenai lombong unsur nadir bumi (REE) (satu REE, dua biji timah di Gerik) yang dihentikan sementara telah memulakan operasi telah mendapat surat pelepasan pada 13 Januari lalu.

“Tujuan diberhentikan itu untuk membolehkan siasatan dibuat mencari punca air biru dan yang kedua, kerana memang terdapat apa dipanggil pelanggaran SOP yang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkaitan,” katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Media melaporkan sebelum ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan tiga aktiviti perlombongan dikesan berhampiran kawasan hulu Sungai Perak di Kampung Sungai Papan, Gerik, lokasi yang tular dengan kejadian air sungai bertukar kebiruan dan didakwa tercemar, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, satu daripada aktiviti tersebut melibatkan kilang unsur nadir bumi (REE) manakala dua lagi adalah lombong bijih timah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI