fbpx
MOHAMAED KHALID pada lawatan kerja di Kem Terendak, Melaka, hari ini.

Sebar maklumat sulit, pegawai tentera dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil beberapa pegawai tentera untuk diambil keterangan susulan dakwaan penyebaran maklumat sulit berkait perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, siasatan berhubung perkara itu sedang dilakukan sebelum sebarang tindakan sewajarnya diambil.

“Kita dah laporkan kepada polis, siasatan itu perlu dilakukan oleh polis. Polis telah pun panggil beberapa pegawai untuk ditemu ramah, untuk disiasat dan sebagainya.

“Sehingga kini, saya percaya polis masih lagi lakukan siasatan dan bila ia telah selesai, tentunya ia akan buat tindakan-tindakan yang sewajarnya,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melakukan lawatan kerja di Kem Terendak di sini, hari ini.

Kosmo! pada 19 Januari lalu melaporkan, Kementerian Pertahanan (Mindef) telah membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat sulit berkaitan perjawatan strategik ATM di media sosial.

Mohamed Khaled berkata, dalam mengisi kekosongan jawatan tertentu di dalam ATM, ia mesti diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu, namun maklumat sulit berkenaan telah disebarkan kepada khalayak.

Beliau turut menegaskan, kementerian itu tidak pernah mendedahkan nama mana-mana pegawai pemerintah yang ditempatkan di kem-kem di seluruh negara kepada umum.

Terdahulu, pada program tersebut sebanyak 3,270 unit komputer riba sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah disampaikan kepada 38 buah Sekolah Dalam Kem (SDK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN