fbpx
Gambar hiasan

Rasuah e-waste: 16 akaun bank bernilai RM10.2 juta dibeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 16 akaun bank bernilai nilai kira-kira RM10.2 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan kes rasuah dalam pemprosesan e-waste, pembuangan sisa efluen serta buangan berjadual di Selangor dan Negeri Sembilan.

Menurut sumber, seorang pengarah syarikat yang disiasat oleh Bahagian Siasatan Ibu Pejabat SPRM telah disambung reman sehingga 30 Januari ini.

Katanya, SPRM Negeri Sembilan turut menahan reman empat individu, termasuk seorang pegawai kanan sebuah jabatan dari 20 sehingga 26 Januari.

“Sejumlah RM87,000 wang tunai dan barangan kes bernilai kira-kira RM220,000 juga telah disita termasuk kereta dan barang kemas.

“Tangkapan dan reman melibatkan pengarah syarikat dan pegawai Jabatan Alam Sekitar yang disyaki melindungi kilang-kilang memproses e-waste dan juga pembuangan barangan berjadual tanpa melalui proses yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Azam berkata, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat tangkapan lanjut selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI