HATYAI – Kunjungan rakyat Malaysia ke Hatyai ketika ini dikatakan baru mencapai 40 peratus, sekali gus menunjukkan industri pelancongan di bandar itu masih belum pulih sepenuhnya selepas banjir besar, November tahun lalu. Lokasi tumpuan seperti Asean Night Bazaar, Central Festival Hatyai, gerai makanan dan premis urut di sekitar Lee Garden serta restoran popular juga dilihat tidak serancak dahulu. Suasana sama turut berlaku di Pasar Terapung Khlong Hae yang baru sahaja dibuka semula pada 16 Januari lalu selepas terjejas teruk akibat……














