fbpx
Tangkap layar video pergaduhan melibatkan dua individu di Taman Sungai Chua berlaku semalam.

Pergaduhan awam di Taman Sungai Chua disiasat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian pergaduhan melibatkan dua lelaki di kawasan awam Taman Sungai Chua, di sini, yang dipercayai berlaku semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 11.16 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pergaduhan berkenaan berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari dan kejadian tersebut turut dirakam menerusi satu video yang tersebar.

“Sehingga kini, kedua-dua pihak belum membuat sebarang laporan polis dan punca sebenar kejadian sedang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh boleh sampai enam bulan atau denda sehingga RM1000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

“Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-89114243 atau pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Najib Mohd. Radgali di talian 012-3429297,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN