fbpx
Tangkap layar memaparkan pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta.

[VIDEO] Pengacara tanya dalam BI, Tang Jie, Ee Wei jawab BM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menjawab soalan pengacara dalam bahasa Melayu walaupun diajukan dalam bahasa Inggeris mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di platform X oleh @adamyusuf88, kelihatan pasangan beregu tersebut menjawab beberapa soalan daripada pengacara ketika Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta.

Walaupun soalan diajukan dalam bahasa Inggeris, pasangan beregu tersebut memilih untuk menjawab menggunakan bahasa kebangsaan sepanjang sesi temu bual berkenaan.

“Wow! Mantap. Malaysia boleh! Ini barulah Madani. Pengacara tanya dalam bahasa Inggeris tapi dua pemain ini jawab dalam bahasa Malaysia. Ini benar-benar memartabatkan bahasa kerana penonton juga faham. Indonesia dan Malaysia serumpun,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna media sosial, dengan rata-rata memuji sikap mereka yang menggunakan bahasa kebangsaan di pentas antarabangsa.

“Mereka sudah dilatih. Syabas BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Atlet terbaik benar-benar terlatih untuk menjawab soalan dengan baik,” komen @arifakib1.

“Bagus juara rakyat. Gunakan bahasa kebangsaan kita untuk jawab soalan. Malaysia boleh,” kata Gabriel.

“Wah bagus jawab dalam bahasa kita. Lagi pula kita dua-dua negara guna bahasa lebih kurang. Mesti mereka pun faham,” komen @junyrich77 – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN