fbpx
Sepanduk peringatan kepada orang ramai mengenai peraturan baharu berkaitan haiwan peliharaan. - Facebook

Penduduk boleh masak ayam, tangkap kucing jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Beberapa daerah di wilayah Jawa Tengah mula menguatkuasakan peraturan berkaitan haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran secara bebas, lapor laman berita Berita Purbalingga semalam.

Di bawah peraturan tersebut, haiwan yang dibiarkan berkeliaran sehingga memasuki kawasan milik orang lain akan dianggap sebagai milik umum dan boleh ditangkap sewenang-wenangnya.

Daerah-daerah tersebut termasuk Temanggung dan Pejawaran Banjarnegara, manakala haiwan yang dimaksudkan terdiri daripada ayam, itik dan kucing.

Di Temanggung, peraturan itu dilaksanakan untuk menjaga kebersihan dan ketenteraman alam sekitar. 

Penduduk melarang pelepasan haiwan secara bebas, dengan alasan masalah seperti merosakkan tanaman hiasan, membuang sampah di halaman dan mengganggu pertanian.

Peraturan itu mendapat pelbagai respons orang ramai, dengan ada penduduk mengalu-alukannya kerana ia menjadikan alam sekitar lebih bersih dan teratur.

Namun, sebilangan penduduk membantah kerana peraturan itu dianggap amat keras sehingga boleh menjejaskan hubungan dengan jiran-jiran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN