fbpx
PETUGAS Suruhanjaya Kesatuan Pilihan Raya(UE) memasang mesin pengundian elektronik di sebuah pusat mengundi menjelang fasa ketiga pilihan raya di Yangon kelmarin. – AFP

Parti pro-Tatmadaw isytihar menang pilihan raya Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAYPYIDAW – Parti pro-tentera Myanmar menang pilihan raya umum yang dikendalikan oleh junta, kata sumber parti tersebut kepada AFP hari ini, selepas pengundian selama sebulan ditolak oleh badan-badan pemerhati sebagai penjenamaan semula pemerintahan junta tentera.

“Kami mendapat majoriti,” kata seorang pegawai kanan Parti Solidariti dan Pembangunan Kesatuan (USDP) yang enggan mendedahkan identitinya kerana mereka tidak dibenarkan untuk berkongsi keputusan awal.

“Kami berada dalam kedudukan untuk membentuk sebuah kerajaan baharu,” tambahnya selepas fasa ketiga dan terakhir pengundian selesai semalam.

“Memandangkan kami menang pilihan raya ini, kami akan mengorak langkah ke hadapan,” katanya lagi.

Ramai penganalisis politik menyifatkan USDP sebagai proksi awam tentera yang merampas kuasa dalam kudeta 2021 dengan menggulingkan kerajaan demokratik pimpinan Aung San Suu Kyi.

Tentera Myanmar yang lebih dikenali sebagai Tatmadaw  menyatakan bahawa pilihan raya itu akan mengembalikan kuasa kepada rakyat. 

Bagaimanapun, Suu Kyi kekal ditahan dan parti beliau yang sangat popular  dibubarkan, manakala pengkritik-pengkritik  mengatakan bahawa undian itu dipenuhi oleh sekutu tentera. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI