fbpx
Janna memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran tindakannya mencampuri urusan peribadi Puteri Balqis di media sosial baru-baru ini.

Mohon ampun dan maaf, saya juga maafkan semua – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick memohon maaf atas keterlanjurannya dalam memberi sebarang komen mengenai apa sahaja isu melibatkan individu lain termasuk mengenai isu berkaitan Puteri Balqis baru-baru ini.

Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, 31, berkata, dia tidak akan mengeluarkan sebarang komen yang boleh melukan hati mana-mana selepas ini.

“Saya mohon ampun dan maaf dan saya juga memaafkan semua.

“Insya-Allah saya juga berazam untuk tidak lagi berkata apa-apa yang mungkin tanpa disedari akan menyakiti hati sesiapa,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Tambah isteri kepada pelakon Dini Schatzman itu, dia juga terbuka menerima teguran dengan berlapang dada daripada mana-mana pihak sekiranya melakukan sebarang kesalahan pada masa akan datang.

“Andai kata, suatu hari nanti saya terlupa atau terleka, tegur dan marahlah saya. Saya bersyukur atas segala teguran.

“Semoga segala ujian yang diberikan Allah SWT akan menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan baik pada masa akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, nama Janna menjadi topik bualan hangat selepas dikatakan cuba campur tangan isu melibatkan Puteri Balqis dengan Mia Sara Nasuha pada Sabtu lalu.

Namun sebaliknya berlaku apabila Puteri Balqis mendedahkan perkara lain seperti mendakwa Janna juga pernah memberi layanan tidak acuh terhadapnya ketika menjalani penggambaran bersama sebelum ini.

Rentetan itu, Janna turut mengeluarkan kenyataan bersedia bersemuka dengan Puteri Balqis secara online bagi menyelesaikan kemelut antara mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN