fbpx
Millan Lee (dua dari kiri) pada majlis pelancaran cawangan terbaharu di Shah Alam kelmarin

Milolo catat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Milolo telah membuka cawangan ke sepuluhnya di Central i-City di sini bertujuan untuk meluaskan penguasaan pasarannya di negara ini dan untuk memenuhi permintaan masyarakat terhadap pelbagai pilihan mainan blind box yang kini menjadi trend semasa.

Sehingga kini, syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 2021 itu telah berkembang pesat dengan pertambahan outlet berganda sejak dua tahun lalu,antara cawangannya terdapat di Pavilion Bukit Jalil, Mid Valley Megamall, Sunway Putra, Sunway Pyramid, AEON Bukit Tinggi, IPC Shopping Centre dan 1 Utama.

Pengarah Milolo, Datuk Millan Lee berkata, di cawangan tersebut terdapat  pelbagai pilihan blind box, mainan seni (art toys), dan koleksi yang menampilkan IP popular global termasuk The Monsters, Twinkle Twinkle, dan Crayon Shinchan serta koleksi harta intelek (IP)  tempatan yang semakin berkembang seperti Abby the Sheep miliknya sendiri.

“Kami mahu terus membangunkan pangkalan pelanggan dan peminat melalui pengalaman dan aktiviti ‘retailtainment’ yang kreatif sekali mahu memperluaskan portfolio IP berlesen serta pengembangan IP hak milik sendiri seperti Abby the Sheep,” katanya kelmarin.

Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan cawangan terbaharunya di pusat beli-belah ini dan dalam acara yang sama, seramai 300 peminat mainan telah mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records bagi Peserta Teramai Dalam Acara Membuka Blind Box di Malaysia.

 Himpunan peminat itu sama-sama merasai keseronokan membuka dan mendedahkan blind box yang menampilkan Abby the Sheep.

Ruang Legar Utama pusat beli-belah itu  telah diubah menjadi taman permainan mainan pereka untuk hari tersebut dan membolehkan peminat berinteraksi, berhubung dan berseronok. 

Peminat juga menikmati pelbagai aktiviti menarik,termasuk penampilan khas oleh peniru watak (cosplayers) popular dan ada yang berjaya memenangi hadiah lumayan termasuk iPhone 17 Pro, iPad, dan Apple Watch.

Kejayaan luar biasa IP seperti The Monsters, Crybaby dan Molly telah menyumbang kepada lonjakan pertumbuhan yang hebat bagi industri mainan pop (pop toys). 

Menurut laporan yang disediakan oleh firma penyelidikan pasaran Protege Associates, industri mainan pop di Malaysia bernilai RM143.8 juta pada 2024, peningkatan sebanyak 55.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Menjelang 2029, industri ini dijangka mencecah jualan RM512.5 juta, dengan membayangkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 28.9 peratus bagi tempoh 2025-2029. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI