fbpx
MBAPPE menjaringkan dua gol buat Real ketika menewaskan Villarreal 2-0 dalam aksi La Liga awal pagi semalam. - AFP

Mbappe lebar penguasaan Kasut Emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VILLARREAL – Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe terus mengukuhkan kedudukannya untuk mempertahankan Anugerah Kasut Emas La Liga buat musim kedua berturut-turut.

Ia susulan kecemerlangannya meledak dua gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Villarreal pada aksi La Liga di Estadio de la Ceramica awal pagi semalam.

Kejayaan itu menyaksikan Mbappe kini sudah meledak 21 gol La Liga, tujuh jaringan mengatasi pencabar di tempat kedua, Vedat Muriqi yang mewakili Real Mallorca.

Lebih manis, kemenangan tersebut melonjakkan Real ke tangga teratas buat sementara waktu.

Pengendali Real, Alvaro Arbeloa berbangga dengan kecemerlangan bintang Perancis itu yang membentuk gandingan mantap bersama Vinicius Junior.

“Vinicius dan Mbappe antara dua pemain terbaik di dunia. Mereka berdua boleh ‘mengganggu’ sistem pasukan lawan jika dibiarkan bebas sepanjang perlawanan.

“Saya sangat gembira terutamanya dengan prestasi mereka berdua. Disebabkan itulah anda boleh melihat jaringan demi jaringan terhasil oleh mereka,” kata Arbeloa.

Sebagai rekod, Mbappe menjulang anugerah penjaring terbanyak La Liga musim lalu dengan keseluruhan 31 gol, empat mengatasi penyerang prolifik Barcelona, Robert Lewandowski. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN