fbpx
Enggan rumah tangga bertahan sebentar sahaja, Sharifah Rose kini sangat berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

Lebih baik scan lelaki dulu, sekarang banyak kes cerai – Sharifah Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bimbang dengan isu perceraian ibarat trend, pelakon Sharifah Rose mengakui kini lebih berhati-hati dan selektif dalam memilih pasangan hidup.

Menurut Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 28, pengalaman dalam percintaan sebelum ini menjadikannya lebih matang.

“Saya pun dah nak berusia 30 tahun, saya pernah melalui fasa dalam hubungan sebelum ini.

“Bila dah berpengalaman, saya rasa lebih baik ‘scan’ (tapisan) dulu lelaki sebab zaman sekarang pun banyak kes cerai,” katanya kepada Kosmo! Online pada pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! di TGV Cinema, Suria KLCC, baru-baru ini.

Pada masa sama, pelakon drama Do You Love Me Captain itu mengakui berita keretakan rumah tangga membuatkannya berasa bimbang sekiranya perkara sama berlaku kepada dirinya.

“Hari-hari saya dengar kes itu ini. Saya tak mahu jadi seperti itu.

“Kita kena lebih berhati-hati dalam memilih pasangan kerana mereka bakal menjadi seorang ayah kepada anak-anak kita,” ujarnya.

Sebelum ini, Rose memaklumkan berkawan dengan pelakon Ezzrin Loy selama tiga tahun serta saling mengenali hati budi dan hubungan mereka turut diketahui keluarga.

Bagaimanpun, November lalu, Rose mengakui hubungannya dengan Ezzrin tidak lagi serapat dahulu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI