fbpx

Haier Bersinar di Terbuka Australia 2026: Rakan Rasmi Tingkatkan Permainan dengan Inovasi dan Tujuan Pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELBOURNE, Australia, 26 Januari 2026 /PRNewswire/ — Haier, jenama peralatan rumah utama No.1 di dunia, meneruskan perkongsian strategiknya bersama Terbuka Australia (AO) pada tahun 2026, bersinar terang di salah satu pentas sukan yang paling berprestij di dunia. Kembali ke Melbourne Park, Haier menggegarkan suasana kejohanan, merapatkan jurang antara prestasi olahraga elit dan kejituan kehidupan rumah pintar demi memberikan pengalaman Jarak Sifar buat para peminat pada peringkat global.

Tahun ini, kehadiran Haier melangkaui penjenamaan tradisional dengan mengubah gelanggang menjadi sebuah platform yang dinamik untuk inovasi dan impak sosial.

Menerusi pertunjukan kejituan yang mengujakan, pemain-pemain handalan menghalakan pukulan mereka ke arah peralatan Haier yang diletakkan betul-betul di gelanggang. Mesin basuh dan mesin pengering Haier berfungsi sebagai sasaran bernilai tinggi dan kesemua hasil daripada cabaran ini didermakan kepada Australian Tennis Foundation. Dengan mengintegrasikan produk-produknya ke dalam bahagian utama aksi ini, Haier memperlihatkan sejauh mana jenama ini mempermudah "kehidupan yang lebih baik" demi memastikan keterujaan permainan ini turut menyokong masyarakat setempat.

Haier Shines at Australian Open 2026
Haier Shines at Australian Open 2026

Sama seperti pengadil yang berperanan sebagai penjaga senyap yang bersikap adil, peralatan Haier berfungsi sebagai tulang belakang senyap buat berjuta-juta rumah. Menyampaikan prestasi "ada namun tidak disedari", ia menjadi pelaku sokongan dalam kehidupan seharian dan dalam masa yang sama teguh berdiri sebagai jaguh inovasi industri yang tidak tercabar.

Haier Shines at Australian Open 2026: Official Partner Elevates the Game with Smart Innovation and Purpose
Haier Shines at Australian Open 2026: Official Partner Elevates the Game with Smart Innovation and Purpose

"Tatkala kami memulakan satu lagi babak yang menarik dengan Terbuka Australia, kami terinspirasi untuk membawa semangat acara yang bertaraf dunia ini kepada peminat yang berada di mana-mana sahaja," kata Wang Meiyan, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Jenama Haier Group. "Pada tahun 2026, kami melancarkan hala tuju global komprehensif yang meluaskan keterujaan jauh melangkaui Melbourne. Inisiatif ini membawakan sambutan sepanjang tahun dengan keterlibatan peminat, inovasi sukan dan teknologi yang mencipta peluang untuk komuniti di seluruh dunia berhubung melalui minat bersama mereka terhadap sukan."

Bagi meraikan pelancaran ini, Haier mengundang para peminat yang bersemangat dari seluruh dunia untuk datang ke Melbourne, bagi membawa mereka lebih dekat dengan rasa keterujaan Grand Slam. Pengaktifan eksklusif ini mempersembahkan penampilan oleh legenda tenis Casey Dellacqua, Alicia Molik, Tommy Haas yang akan mengetuai klinik tunjuk ajar interaktif dan berinteraksi secara langsung dengan para peminat di lapangan.

Haier’s commitment to tennis extends well beyond the Australian summer
Haier’s commitment to tennis extends well beyond the Australian summer

Komitmen Haier terhadap tenis menjangkau musim panas Australia. Sebagai Rakan Emas Jelajah ATP, Haier akan terus memperjuangkan kecemerlangan sepanjang musim 2026, dengan kebolehlihatan jenama di gelanggang, pengalaman hospitaliti premium dan integrasi produk di lapangan dalam kejohanan utama, selain turut menyediakan platform global untuk memaparkan inovasi kehidupan pintarnya yang terkini. Jenama ini akan turut mendapat manfaat daripada pendedahan merentas saluran digital ATP yang menjangkau audiens dalam talian seramai lebih daripada satu bilion.

Selepas berlangsungnya Terbuka Australia, Haier akan memperkenalkan program "Future Champions" yang bercita-cita tinggi, melancarkan kejohanan bola sepak belia di seluruh Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika dan Jepun. Inisiatif-inisiatif ini akan dilengkapi dengan perlawanan persahabatan bola sepak selebriti di UK yang menampilkan legenda kelab tempatan, bengkel motivasi dan festival peminat tempatan. Haier akan meneruskan tradisinya dengan menganjurkan Haier Cup Badminton di Asia Tenggara, sekali gus memperkenalkan kejohanan Haier Cup Basketball sulung pada tahun ini untuk melibatkan demografi atlet muda yang lebih luas.

Perjalanan selama setahun ini akan mencapai kemuncaknya menerusi Haier Fans Club Ultimate Cup di Qingdao, China. Sambutan besar-besaran ini akan menyatukan juara-juara peminat daripada kejohanan bola sepak, bola keranjang dan badminton di seluruh dunia untuk perlawanan akhir yang tidak dapat dilupakan.

Dengan Terbuka Australia menjadi landas pelancarannya, Haier mengunjurkan akan menarik lebih 100,000 peminat global baharu melalui strategi keterlibatan sepanjang tahun ini. Haier Fans Club 2026 memperkukuh jejak jenama ini, menjajarkannya dengan acara-acara sukan yang paling berprestij di dunia dan dalam masa yang sama mempromosikan visi kehidupan pintar kepada audiens global.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4870523_MS70523_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI