fbpx
GREALISH

EPL: Everton resah tanpa Grealish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Everton, David Moyes mengakui ketiadaan Jack Grealish memberi tamparan besar buatnya bagi berdepan Leeds United, awal pagi esok.

Idea lebih segar pastinya dituntut daripada Moyes untuk mengesahkan satu lagi kemenangan selepas berjaya mencipta kejutan ke atas Aston Villa, Isnin lalu.

“Saya tidak boleh berikan tempoh masa kerana kami belum mendapat apa-apa maklumat daripada doktor. Ia adalah tamparan hebat selepas dia berjaya memainkan peranan besar kepada kami sejak dia mula menyertai pasukan.

“Kami juga ada beberapa lagi pemain yang cedera tetapi khabar ini beri cabaran kepada kami. Kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pakar,” katanya.

Grealish melakukan 22 penampilan dalam semua pertandingan bersama Everton, menjaringkan dua gol dan mencipta enam bantuan jaringan malah merekodkan 38 peluang di Liga Perdana Inggeris, lebih banyak berbanding lain dalam skuad Everton.

Walaupun Everton sedang berada dalam situasi sukar, pengurus Leeds United, Daniel Farke tetap menghormati Everton yang dilabel memiliki kualitinya tersendiri.

“Ia adalah tugasan sukar buat kami namun sebagai pengurus pasukan lawan, saya tidak suka memuji pasukan lain. David Moyes melakukan tugasnnya dengan baik dan memiliki skuad yang ada semangat dan sentiasa bersatu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN