fbpx
Anwar berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

Anwar syor tubuh pasukan tambah baik sistem audit negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan agar satu pasukan diwujudkan bagi menjalankan pemantauan berterusan terhadap sistem audit negara, seterusnya berperanan memperbaiki ruang yang menyebabkan sesuatu kebocoran berlaku.

Perdana Menteri berkata, kewujudan pasukan khas itu merupakan antara pemdekatan baharu yang dicadang dilaksanakan dalam sistem audit negara, seterusnya berupaya menyekat aliran kebocoran dana awam.

“Jadi, sebab itu selain daripada apa yang disebutkan ini, kita harus juga fokus pada pendekatan baharu.

“Kalau kita kekal dengan pemikiran tahap pencapaian lama, kita tidak akan kemana-mana. Oleh itu mesti ada satu keresahan yang secara positif bagaimana untuk perbaiki.

“Kita harus ada pasukan yang selalu memikir, merenung, mencari jalan untuk memperbaiki mana ruang yang memungkinkan kebocoran berlaku, ruang memungkinkan tindakan itu agak lebih perlahan daripada biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jabatan Audit Negara ke-120 Tahun di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI