fbpx
Gambar hiasan

Anwar ucap ‘Alhamdulillah’ kejayaan pengukuhan nilai ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik kejayaan pengukuhan nilai ringgit yang mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus menterjemahkan kekuatan ekonomi ketika ini.

“Alhamdullilah,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya di sini tadi.

Jumaat lalu, nilai ringgit terus mengukuh kepada 3.9992 berbanding dolar AS, sekali gus menjadi paras paling kukuh dalam tempoh tujuh tahun.

Hari ini, ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS yang mana berada hampir pada paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Kejayaan itu berikutan kesediaan mengambil risiko yang meningkat selepas keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan indeks dolar AS yang rendah.

Ringgit kali terakhir diniagakan pada paras yang sama adalah pada 24 Mei 2018 apabila ia mencecah RM3.9797 berbanding dolar AS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN