fbpx
GAMBAR hari ini menunjukkan kakitangan Pengawal Pantai memberikan minuman kepada mangsa feri karam, M/V Trisha Kerstin 3 di luar pantai wilayah Basilan. – AFP

15 terkorban, 28 masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA  – Sebuah feri membawa lebih 350 orang karam  di selatan Filipina keram hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dan 28 masih hilang, kata Pengawal Pantai.

Feri MV Trisha Kerstin 3 menghantar isyarat kecemasan sekitar pukul 1.50 pagi (3.50 pagi waktu Malaysia), kira-kira empat jam selepas meninggalkan Pelabuhan Bandar Zamboanga di hujung barat daya Pulau Mindanao.

Sekurang-kurangnya 316 orang telah diselamatkan setakat ini, kata komander Pengawal Pantai, Romel Dua kepada AFP, dengan 15 disahkan meninggal dunia  dan 28 orang belum ditemui.

“Sebuah pesawat Pengawal Pantai  dalam perjalanan untuk membantu operasi menyelamat. Tentera Laut dan Tentera Udara juga menghantar aset masing-masing,” kata Dua  yang berpangkalan di selatan Mindanao.

Feri itu tenggelam kira-kira  5 kilometer ke  timur Pulau Baluk-Baluk, sebahagian daripada kepulauan  Basilan di luar semenanjung Zamboanga.

Video  disiarkan Pengawal Pantai Filipina menunjukkan mangsa terselamat ditarik keluar dari permukaan laut dan menerima rawatan perubatan.

“Kami tidak dapat menyatakan punca nahas buat masa ini tetapi kami telah diarahkan untuk menjalankan siasatan,” kata Dua.

“Setakat ini, kami hanya menumpukan kepada operasi menyelamat.”

Negara kepulauan dengan 116 juta penduduk itu  mempunyai sejarah panjang bencana melibatkan feri.

Ramai bergantung pada bot dan kapal  murah yang kurang dikawal selia untuk pengangkutan antara lebih 7,000 pulau di Filipina  walaupun kerap berlaku kemalangan.

Pada 2023, lebih 30 orang terbunuh apabila sebuah feri terbakar  di selatan Filipina.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN