fbpx
Anggota Pengawal Kebangsaan meronda di Salamanca, negeri Guanajuato pada 2 Oktober 2024. - AFP

11 mati diserang di padang bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA MEXICO – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh, manakala 12 lagi cedera semalam dalam serangan bersenjata di sebuah padang bola sepak di negeri Guanajuato, tengah Mexico, lapor pihak berkuasa tempatan.

Serangan berlaku di sebuah kawasan kejiranan di bandar Salamanca, dengan kenyataan pejabat datuk bandar mengatakan bahawa pegawai melancarkan operasi untuk mencari mereka yang bertanggungjawab atas insiden itu.

“Kematian 11 orang telah disahkan, 10 daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi ketika menerima rawatan di hospital,” kata kenyataan itu.

“Selain itu, 12 orang cedera akibat tembakan dan sedang menerima rawatan perubatan,” tambahnya.

Empat beg berisi mayat turut ditemukan pada malam kelmarin di bandar yang sama.

Guanajuato merupakan hab perindustrian yang berkembang maju dan menempatkan beberapa destinasi pelancongan popular.

Namun, ia juga kekal sebagai negeri paling dahsyat di negara itu akibat pertarungan antara geng penjenayah, demikian menurut statistik pembunuhan rasmi.

Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata awal tahun ini bahawa kadar pembunuhan Mexico pada tahun 2025 jatuh ke tahap terendah dalam tempoh sedekad, hasil daripada strategi keselamatan negara di bawah pentadbirannya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN