BANGKOK, 25 Januari 2026 /PRNewswire/ — Jabatan Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan Wilayah Zhejiang mengambil bahagian dalam Pameran Pelancongan Antarabangsa Thailand (TITF) 2026 yang diadakan di Queen Sirikit National Convention Center Bangkok mulai 22 hingga 25 Januari, di tempat ia mempersembahkan pengalaman pelancongan dan aset budaya wilayah berkenaan kepada golongan profesional industri dan juga pengguna. Kehadiran destinasi tersebut di acara ini turut memperkenalkan jenama "Picturesque Zhejiang" kepada pasaran Thailand dan pelawat antarabangsa.
Terletak di pavilion kebangsaan "Hello! China", reruai Zhejiang menarik minat yang berterusan daripada para hadirin. Ia memaparkan maklumat destinasi dan inspirasi kembara yang dipersembahkan melalui bahan cetak dan bahan pelawat, termasuk peta, brosur dan buku panduan. Cenderamata budaya berfokuskan reka bentuk yang diilhamkan oleh tradisi Jiangnan dan disesuaikan untuk kegunaan harian menjadi popular dalam kalangan pelawat. Ramai yang turut meneroka platform digital "Zhejiang Travel" yang menawarkan maklumat pelawat dan sokongan perancangan perjalanan untuk pengembara antarabangsa yang menggambarkan penekanan ke atas kebolehcapaian, pengemudian serta perkhidmatan pelawat.
Satu taklimat destinasi khusus untuk Zhejiang telahpun diadakan pada 24 Januari. Pembentangan taklimat berkenaan merangkum warisan budaya, tempat tarikan yang utama, masakan serantau dan ciri-ciri platform "Zhejiang Travel". Dua jadual perjalanan terkurasi—"Zhejiang: Through Mountains & Waters" dan "Jiangnan: A Time of Enchantment"—diperkenalkan sebagai contoh pengalaman perjalanan bertema untuk khalayak antarabangsa. Segmen-segmen interaktif semasa berlangsungya acara ini menggalakkan penyertaan dan juga dialog audiens. Agensi-agensi pelancongan termasuk China Travel Service Zhejiang dan Zhejiang International Cooperation Travel Service memperkenalkan program pelancongan terpilih dan barangan berkaitan destinasi, selain menerima maklum balas yang menggalakkan daripada wakil perdagangan pelancongan, operator pelancongan, penasihat pelancongan dan juga pelawat yang hadir.
Semasa berlangsungnya pameran ini, wakil pelancongan dari Zhejiang dan Thailand mengadakan perbincangan mengenai pembangunan jadual perjalanan, penjajaran pasaran dan peluang kerjasama, selain turut menggalakkan aliran pelawat dua hala. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalin kolaborasi yang selanjutnya dalam sektor budaya dan pelancongan, dengan matlamat untuk memperkukuh hubungan pasaran serta menyokong pertumbuhan pelancongan yang mampan di Zhejiang dan juga Thailand.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4870304_MS70304_6














