fbpx
FAZLEY membuat satu hantaran berunsur kiasan selain mengajak orang ramai memahami batas campur tangan dalam situasi sensitif.

‘Watak tempelan akan jadi individu paling dibenci, boleh terbakar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri urusan orang lain, khususnya melibatkan konflik peribadi hingga berpotensi mengeruhkan keadaan.

Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkongsi pandangan tersebut menerusi satu hantaran berunsur kiasan selain mengajak orang ramai memahami batas campur tangan dalam situasi sensitif.

“Kalau dua pelakon muda sedang berada di dapur untuk babak masak-memasak dan goreng-menggoreng, tak perlu ada watak lain cuba masukkan garam atau gula.

“Nanti bukan sahaja rasa berubah, malah boleh hangus dan terbakar sekali.

“Watak tempelan selalunya akan menjadi individu paling dibenci kerana tidak wujud dalam skrip asal cerita itu,” kongsinya.

Walaupun tidak menyebut mana-mana nama, hantaran tersebut pantas mencetuskan pelbagai tafsiran apabila ramai mengaitkannya dengan kontroversi membabitkan tiga pelakon wanita iaitu Puteri Balqis, Mia Sara Nasuha dan Janna Nick.

Rata-rata netizen menganggap teguran pelantu lagu Asmara Ini itu sebagai sindiran halus terhadap pihak luar yang didakwa mencampuri urusan keluarga orang lain.

“Perumpamaan paling kena. Bila bukan cerita kita, lebih baik diam,” tulis seorang netizen.

“Kadang-kadang niat nak nasihat, tapi akhirnya tambah luka. Teguran Fazley sangat matang,” komen pengguna media sosial.

“Watak tempelan memang selalu jadi mangsa kecaman sebab masuk tanpa dijemput,” ujar seorang pengikut.

Sebelum ini, Janna Nick menerusi satu hantaran dalam Threads mengingatkan orang ramai agar tidak menyimpan dendam serta menyerahkan segala urusan kepada Tuhan.

Meskipun tidak memetik mana-mana individu, ramai mendakwa mesej berkenaan berkait rapat dengan kemelut melibatkan Puteri Balqis dan Mia Sara.

Susulan itu, ibu kepada Puteri Balqis, Norashikin Mohd. Aziz tampil bersuara dengan meminta Janna tidak mencampuri urusan keluarga mereka, selain menyifatkan pendirian aktres berkenaan seolah-olah berat sebelah.

Isu tersebut terus menjadi perbualan hangat netizen, sekali gus mengundang pelbagai reaksi serta pandangan berbeza daripada khalayak – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI