fbpx
Tangkap layar memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menoreh sebuah kereta.

[VIDEO] ‘Tak beli jagung dia toreh kereta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai menoreh sebuah kenderaan menggunakan basikal di Taman Anggerik, Amanjaya, Sungai Petani, Kedah, kelmarin mencetuskan kebimbangan penduduk.

Menerusi perkongsian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di TikTok oleh @erriesaputrie_, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki bertindak menoreh kereta pemilik rumah berkenaan selepas ditolak untuk membeli jagung yang dijualnya.

“Penduduk Sungai Petani sila berhati-hati, kalau jumpa pegangkan. Ramai sudah yang terkena cuma belum ada yang bersuara. Saya tidak tahu dia datang dari mana dan siapa yang hantar. Tetapi mencari rezeki macam ni tidak bagus. Rosakkan harta benda orang lain,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, terdapat kesan calar pada kenderaannya dari bahagian pintu hadapan sehingga ke belakang.

Tambahnya di ruangan komen, jiran di kawasan rumahnya juga turut mengalami kejadian yang sama.

“Terkini, jiran belakang pun kena calar kereta. Mana nak cari budak ni dan siapa yang hantar dia. Memaksa orang beli, bila orang tidak layan memberontak,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya turut berang dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

“Ada juga rajin datang ke kawasan perumahan saya. Kadang-kadang pagi, kadang-kadang malam. Sebelum ni datang naik kereta dengan ayah dia, sekarang kayuh basikal sorang-sorang pula,” komen Fiza Hafizah.

“Sakitnya hati tengok. Cat kereta bukannya murah, mahal tau. Ni kalau kena dekat diri sendiri tidak tahu la,” kata Liya.

“Boleh pula dia berniat calarkan kereta hanya sebab tolak nak beli jagung. Memang tidak cukup adab budak ni,” komen Arina. – KOSMO! ONLINE

@erriesaputrie_ Penduduk Sungai Petani sila berhati hati 😌 jumpa pegang sat . Ramai dah yang terkena cuma belum ada yang bersuara . Saya taktahu dia mai dari mana sapa yang hantar . Tapi cari rezeki macam ni takbagus , rosakkan harta benda orang lain. #sungaipetanikedah #penduduksungaipetani #fyp ♬ kabhi khushi Kabhie Gham – Malaysia Trends

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN