fbpx
Tangkap layar video seorang pekerja jet ski yang ditenangkan oleh rakannya dalam satu perselisihan faham dengan pelancong China di Langkawi, Isnin lalu.

‘Kecoh’ isu ganti rugi jet ski, pelancong China berselisih faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Gara-gara tidak berpuas hati dengan tuntutan ganti rugi kerosakan dua buah jet ski, seorang pelancong warga China berselisih faham dengan pihak pengusaha sukan air itu di Pantai Chenang, di sini baru-baru ini.

Video berdurasi 26 saat yang tular sejak semalam itu menunjukkan suasana tegang dipercayai antara warga asing berkenaan dan pihak pengusaha jet ski.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin mengesahkan insiden itu berlaku pada Isnin lalu dan pihaknya telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak.

“Pengadu dan rakan-rakannya didakwa bermain jet ski yang disewa tanpa pengawasan pihak pengusaha dan setelah tempoh perkhidmatan tamat, pihak berkenaan mendapati terdapat kesan pecah dan retak pada dua jet ski.

“Punca perselisihan faham antara pengadu dan pihak jet ski adalah pengadu tidak berpuas hati kerana pihak itu menuntut ganti rugi sebanyak RM1,000 atas kerosakan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak polis telah membuat semakan terhadap video yang tular itu dan mendapati tiada sebarang pergaduhan fizikal berlaku kerana dihalang oleh salah seorang pekerja di situ.

“Kedua-dua pihak dipanggil bagi memberikan keterangan dan kita berikan amaran bagi mengelakkan perkara tersebut berulang. Mereka memilih untuk berdamai dan menarik semula laporan yang dibuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN