fbpx
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan kakitangan syarikat penerbangan Delta Airlines. – AGENSI

Kakitangan Delta Airlines dapat bonus lebih RM5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Delta Airlines akan membuat pembayaran perkongsian keuntungan atau bonus berjumlah AS$1.3 bilion (RM5.2 bilion), mewakili antara pembayaran terbesar dalam sejarah syarikat penerbangan berkenaan, lapor laman berita Good News Network.

Pembayaran yang akan dibuat pada 14 Februari ini menyaksikan kakitangan Delta baka menerima ‘durian runtuh’ bersamaan tiga hingga lima minggu gaji bergantung kepada prestasi masing-masing.

“Semangat dan dedikasi kakitangan Delta membawa kami melalui tahun 2025 dan akan mendorong kami untuk terus maju,” kata Ketua Pegawai Sumber Manusia,  Allison Ausband. 

Walaupun 2025 digambarkan dalam  laporan pendapatan syarikat sebagai tahun ‘mencabar,’ dengan Delta Airlines hilang pendapatan kira-kira AS$200 juta (RM8001 juta) akibat penutupan berpanjangan kerajaan Amerika Syarikat,  pembayaran yang diumumkan itu adalah 8.9 peratus  daripada kemungkinan 10 peratus keuntungan syarikat.

Delta pula secara konsisten menduduki senarai antara syarikat  terbaik untuk bekerja, demikian  menurut Forbes dan Fortune 500. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN