fbpx
PALMER tidak akan diturunkan pada pertemuan menentang Palace sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengalami kecederaan pada aksi UCL sebelum ini. - AFP

EPL: Chelsea enggan ambil risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Chelsea, Liam Rosenior mengesahkan pemain sensasi, Cole Palmer masih belum boleh beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace di Selhurst Park malam ini kerana kecederaan.

Menurut Rosenior, kecederaan yang dialami oleh Palmer tidak begitu serius kerana dia mungkin dapat kembali diserapkan dalam kesebelasan utama pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Napoli minggu depan.

Rosenior berkata, Palmer sudah kembali menyertai latihan bersama skuad utama, tetapi pasukan perubatan masih memantau keadaannya dan enggan mengambil sebarang risiko.

“Palmer berada dalam keadaan baik dan mula menyertai latihan sejak awal minggu ini. Kami masih menilai tahap kecergasannya tetapi untuk aksi Palace, terlalu awal untuk menurunkan Palmer,” katanya.

Sementara itu, Rosenior menyeru agar barisan pemain tidak memandang rendah dengan keupayaan Palace meskipun pasukan itu dilanda konflik selepas kehilangan khidmat kapten, Marc Guehi yang berhijrah ke Manchester City baru-baru ini.

Malah, masa depan pengendali pasukan lawan, Oliver Glasner dan penyerang utama, Jean-Philippe Mateta juga masih kabur sekali gus mencerahkan peluang The Blues untuk mencuri tiga mata berharga.

“Palace adalah pasukan bagus dan Selhurst Park adalah gelanggang keramat mereka. Saya harap pemain tidak ambil mudah dan kekal fokus sepanjang perlawanan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN