fbpx
UNITED turun dengan keyakinan yang lebih selepas berjaya meraih kemenangan pada aksi derbi menentang City sebelum ini. - AFP

EPL: Carrick tuntut pemain perbaharui keyakinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Kejayaan meraih kemenangan pada aksi derbi menentang seteru setempat Manchester City perlu dilupakan dan pengendali Manchester United, Michael Carrick membuat tuntutan baharu terhadap para pemainnya.

Pengurus interim yang menggantikan Ruben Amorim itu mahu United mencipta satu lagi sensasi dengan memburu kemenangan pada aksi menentang Arsenal di Emirates tengah malam ini untuk membuktikan bahawa United masih lagi sebuah pasukan unggul.

“Ia adalah minggu yang baik, kemenangan itu adalah keputusan yang sangat penting buat kami. Aksi yang dipersembahan oleh semua pemain sangat luar biasa kerana ia membantu kami meningkatkan ‘mood’ dalam bilik persalinan.

“Turun beraksi dalam perlawanan besar seperti menentang City dan memenanginya membuatkan kami mampu mengimbangi antara keinginan dan keyakinan. Kami perlu memastikan rentak ini mampu diteruskan pada perlawanan menentang Arsenal.

“Perlawanan ini satu lagi cabaran besar buat kami. Mereka adalah pasukan yang baik, memiliki kekuatan di semua bahagian dan layak untuk berada di mana tempat mereka ketika ini. Kami tidak boleh mengambil mudah berkenaan perlawanan ini,” katanya.

Tambah Carrick, kemenangan dalam satu perlawanan berprofil tinggi tidak menjadikan mereka pasukan yang hebat, tetapi sekadar memberikan mereka asas untuk meneruskan rentak terbaik sehingga penghujung musim.

Sementara itu, Carrick turut mendedahkan bahawa United masih belum dapat menggunakan khidmat pemain pertahanannya, Matthijs De Ligt pada perlawanan menentang Arsenal ekoran masalah kecederaan belakang yang dihadapinya sejak November tahun lalu.

Jelas Carrick, beberapa isu yang berlaku ketika sesi pemulihan menyebabkan proses berkenaan menjadi perlahan berbanding apa yang mereka jangkakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN