fbpx
Bandar Baharu menjadi antara daerah yang merekodkan cuaca panas tahap berjaga-jaga sejak semalam. Foto oleh AZAHAR HASHIM

Baling, Kulim dan Bandar Baharu paling panas di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Tiga daerah di negeri ini merekodkan cuaca panas tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius dijangka berlaku selama tiga hari berturut-turut, bermula semalam.

Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, cuaca panas di Baling, Kulim dan Bandar Baharu itu dijangka berlarutan sehingga hujung bulan ini.

“Situasi panas dan kering yang dialami ketika ini dijangka berlarutan sehingga hujung Mac atau awal April. Dalam tempoh tersebut, catatan suhu harian boleh menjangkau melebihi 35 darjah Celsius pada tengah hari hingga petang.

“Apabila sudah masuk fasa peralihan monsun kelak, Kedah dijangka menerima taburan hujan yang menyebabkan suhu menurun,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, cuaca panas yang melanda Kedah ketika ini turut didorong oleh taburan hujan yang berkurangan terutama di daerah Langkawi, Kulim, Bandar Baharu dan Kubang Pasu.

“Langkawi misalnya sudah lebih tiga minggu tidak menerima hujan termasuk di Kulim dan Bandar Baharu yang sudah dua minggu. Keadaan ini menyebabkan cuaca panas dan kering. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN