fbpx
Sultan Ibrahim berangkat ke Russia, hari ini atas jemputan Putin.

Agong berangkat ke Saint Petersburg atas jemputan Presiden Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Saint Petersburg, Russia bagi mengadakan lawatan khas bermula hari ini hingga Selasa depan.

Menurut kenyataan Istana Negara, lawatan Seri Paduka Baginda itu adalah atas jemputan khas Presiden Persekutuan Russia, Vladimir V. Putin.

Terdahulu, pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 8.25 pagi.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda bagi mengucapkan selamat disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, serta Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Lawatan khas itu dijangka memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Persekutuan Russia, khususnya dalam aspek diplomasi dan kerjasama strategik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN