fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Shirmi Tam menunjukkan Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang, melawat sebuah kedai di Masjid Negeri Pahang, Sultan Ahmad 1.

[VIDEO] ‘Staf saya macam nak pengsan tengok Tuanku datang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli melawat sebuah kedai yang menjual kraf tangan, wangian dan minyak wangi ketika membuat lawatan ke Masjid Negeri Pahang, Sultan Ahmad 1.

Menerusi satu hantaran di laman TikTok oleh @Shirmi Tam, Tengku Ampuan Pahang mencuri tumpuan apabila teruja melihat kewujudan kedai berkenaan di dalam kawasan masjid.

“Saya tak pernah nampak kedai di masjid,” ujarnya.

Dalam lawatan tersebut, Sultan Pahang turut meluangkan masa mencuba kopiah yang dijual di kedai berkenaan, sekali gus menambah suasana mesra dan santai ketika sesi lawatan.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi positif dilontarkan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Raja berjiwa rakyat ni yang kita mahu,” ujar seorang pengguna media sosial, @Mahzai.

“Bagus ada kedai macam ni kat masjid, kadang-kadang musafir ni urgent (segera) nak balik atas urusan, barang pun tak banyak,” kata @Wati

“Memang mak-mak perangai macam ni kan, nampak yang menarik panggil suami tengok sekali. Comel Tuanku,” komen seorang pengguna TikTok.

Pemilik kedai berkenaan, @LiezaMorad turut berkongsi keterujaannya di ruangan komen semasa menerima kunjungan diraja itu.

“Staf saya macam nak pengsan tengok Tuanku datang,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

@amadsimi #daulattuanku #tengkuampuanpahang #istanapahang #tahliltunrazak #sultanpahang ♬ original sound – shirmi tam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN