PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 12,426 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.
Keputusan tidak rasmi itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman Facebooknya sebentar tadi.
Dalam masa sama, BN turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 3,689 undi.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan bebas, manakala di DUN Lamag hanya satu lawan satu.
Parlimen Kinabatangan ditandingi Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdu Rahman (Warisan) dan Goldam H Salangah (Bebas).
DUN Lamag pula terdiri Mohd. Ismail Ayob atau Miha daripada BN dan Mazliwati Abd. Malek (Warisan). – KOSMO! ONLINE














