SEBELUM ini, golongan lelaki sering menjadi ejen sindiket scammer memperdaya orang ramai dengan pelbagai helah licik sebelum ‘kebas’ wang mangsa. Namun kini, modus operandi sindiket berubah apabila semakin ramai wanita pula dipilih menjadi scammer. Lembut tutur katanya, meyakinkan dan penuh manja, tetapi di sebalik semua itu terselit niat sama iaitu mahu menipu dan kaut untung tanpa belas kasihan. Mereka menyamar dalam pelbagai watak dan identiti. Ada yang berlakon sebagai ejen insurans, kononnya mangsa yang dihubungi pernah membuat tuntutan perubatan puluhan……














