fbpx
Gabriel Nistelrooy meraikan jaringan yang dilakukan pada aksi menentang Penang FC, sebentar tadi. - Foto ihsan KCFC

Piala Malaysia: Derbi Borneo hangatkan aksi suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasukan Kuching City terpaksa bermandi peluh untuk bangkit melakar kemenangan agregat 2-1 ke atas Penang FC untuk mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Pada aksi di Stadium Negeri, Kuching itu, skuad The Cats berdepan tekanan selepas ketinggalan 0-1 apabila pelawat memiliki kelebihan hasil kemenangan di laman sendiri minggu lalu.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu mempamerkan aksi bertenaga pada babak pertama dan berjaya meraih gol pembukaan hasil penyudah Gabriel Nistelrooy pada minit ke-45.

Gol tersebut merentap semangat pertahanan Penang FC apabila sekali lagi bocor dengan kini giliran Ronald Ngah Wanja mencetak nama selaku penjaring berselang seminit kemudian.

Bersambung pada babak kedua, skuad Harimau Kumbang cuba untuk bangkit dengan mencipta beberapa peluang terhidang tetapi misi semakin sukar selepas beraksi dengan 10 pemain apabila Stefano Brundo dilayangkan kad merah.

Keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat sekali gus menyaksikan Kuching City bakal berentang dengan Brunei DPMM FC di suku akhir nanti.

Barisan pemain Brunei DPMM menerima tentangan sengit daripada Kelantan Real Warriors sebentar tadi.

Sementara itu, di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei DPMM FC menepati ramalan apabila mudah menewaskan Kelantan Real Warrior dengan keputusan agregat 3-1.

Berbekalkan kemenangan 2-1 pada aksi pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan saingan sengit tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga wisel 90 minit ditiupkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN