fbpx
KEADAAN motosikal ditunggang mangsa selepas bertembung dengan sebuah lori di kilometer 35 Jalan Lok Heng-Mawai hari ini.

Pengurus dapur tak sempat sampai rumah motosikal bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang pengurus dapur sebuah kilang maut selepas motosikal yang dia tunggang bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 35 Jalan Lok Heng-Mawai di sini hari ini.

Ketika kejadian, mangsa maut dikenali sebagai Hairul Razman, 35, dikatakan dalam perjalanan pulang dari Bandar Penawar menuju ke rumahnya di Mawai.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 12.24 tengah hari membabitkan motosikal jenis Y16ZR dan lori Isuzu.
“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

“Motosikal ditunggang mangsa itu bertembung dengan lori berkenaan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN