TAMPIN – Seorang lelaki autistik membuktikan kekurangan diri bukan penyebab mundur dalam kehidupan apabila dia berjaya membeli rumah dan menyara dirinya hasil menjual jambu potong sejak lapan tahun lalu di Benteng Arena Tampon di sini. Muhammad Amir Hasnol, 29, berkata, perniagaan itu dimulakan bapanya, Hasnol Sabtu, 60, 15 tahun lalu dan kini diteruskannya bagi memastikan dia mampu menjana pendapatan sendiri dan menjaga adik bongsu, Nur Nadia, 20, yang juga autisme. “Seronok berniaga tetapi masih lagi sukar mengira jika tempahan banyak…














