fbpx
Tengku Zafrul ketika bertemu dengan pihak Grilla Energy.

Pelaburan sektor pengguna rancakkan ekonomi rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak semua pelaburan bernilai tinggi tertumpu kepada sektor semikonduktor atau aeroangkasa, sebaliknya sektor pengguna dan eksport turut memainkan peranan penting dalam merancakkan ekonomi rakyat.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaburan berkualiti bukan hanya di sektor teknologi tinggi, tetapi juga di industri yang mencipta pekerjaan dan peluang eksport.

Beliau memaklumkan, sebuah syarikat iaitu Grilla Energy sedang menilai Malaysia sebagai pangkalan pengeluaran Asia bagi produk minuman tenaga dan isotonik, sekali gus membuka potensi pelaburan baharu dalam sektor pembuatan pengguna.
“Jika Malaysia dipilih, ini bermaksud pembinaan kilang pengeluaran serta rangkaian logistik serantau akan diperkukuh.

“Langkah itu secara tidak langsung mengembangkan rantaian bekalan tempatan serta lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak tempatan akan diwujudkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI