fbpx
Tangkap layar video menunjukkan beberapa ekor babi berkeliaran di tepi jalan. - TikTok 

Lori terbalik, 92 babi tercampak atas jalan di Lampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah lori yang membawa muatan babi terbalik ke dalam parit di Indonesia, menyebabkan kira-kira 92 ekor haiwan itu tercampak ke tepi jalan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Lampung Tengah, wilayah Lampung baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pecelleletigaputri88 menunjukkan orang ramai cuba menangkap kawanan babi itu daripada berkeliaran ke tengah jalan. 

Ada antara mereka mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam kejadian yang jarang berlaku itu. 

Ketua Polis Trafik Lampung Tengah, Inspektor Glend Felix Siagian berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

“Pemandu lori hanya cedera ringan, manakala kawanan babi itu tiada yang mati. Terdapat sedikit kesulitan apabila sebahagian haiwan itu memasuki kebun penduduk,” kata Glend. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN