fbpx

‘Kau tak famous, kami famous, pakai beg buruk diketawakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sengketa lampau antara pelakon muda sensasi Puteri Balqis dengan Mia Sara semakin memuncak apabila dia sekali lagi membuka mulut pengalaman pahit menjadi mangsa buli didakwa dilakukan pelakon seangkatannya itu dalam industri lakonan.

Begitupun, Puteri Balqis, 19, berkata kutukan dilemparkan hanya dianggap sebagai gurauan kanak-kanak malah lebih teruk apabila individu sama masih dengan sikap suka memalukan keluarganya selepas dewasa.

“Ya saya dibuli set penggambaran oleh yang menganggap mereka hanya budak-budak. Tiada siapa percaya saya dibuli waktu itu.

“Saya ditolak ketika nak bergambar dengan peminat dengan ayat ‘kau tak famous (popular), kami famous’. Beg buruk saya diketawakan.

“Bila besar, ingatkan dah berubah. Sambung lagi dengan malukan ibu saya pula. Terima kasih. Setidaknya ada yang tahu saya tidak menipu,” katanya dalam perkongsian di TikTok.

Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu mendedahkan pengalaman lalunya sebagai maklum balas terhadap kenyataan individu dipercayai saksi berkaitan dakwaan aktres tersebut pernah dibuli pelakon Mia Sara dan Rykarl Iskandar.

Menurut Puteri Balqis lagi, situasi buruk dilalui di set penggambaran memberi kesan mendalam apabila dituduh mengada-adakan pula cerita.

“Pada kakak dan abang, terima kasih banyak. Saya kalau boleh tak nak ingat dah.

‘Bertahun saya mengharapkan ada yang tahu apa saya lalui (tapi) bila kami cakap, kami dikatakan suka cari gaduh. Tamat. Jadi kami diam,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang individu dalam dunia produksi memberikan komen mendakwa pernah menyaksikan sendiri situasi Puteri Balqis dibuli ketika bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan.

“Masih segar dalam ingatan masa itu kami kerja dengan produksi dan buat iklan untuk satu jenama ini. Masa itu MS (didakwa Mia Sara), Aqish (panggilan Balqis) dan Ryqal dalam satu set.

“Kemudian masa aku pergi tandas terdengar mereka kutuk Aqish ‘pakai mekap barang lokal, baju tak cantik’. Aqish dekat set relaks je, lepak dengan mak dia, memang baik budaknya” tulis komen tersebut.

Sejak semalam laman sosial panas sebaik Puteri Balqis menyeru Mia Sara menyelesaikan isu antara mereka dengan dua pilihan selepas wanita berusia 20 tahun itu didakwa turut pernah memalukan ibunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN