fbpx
AMINUDDIN bergambar bersama polis FRU yang terlibat dalam Eksesais Perisai Bandar di Kem Sikamat di sini, hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL / KOSMO!

Eksesais wajar diperluaskan skop ke perairan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pelaksanaan Eksesais Perisai Bandar 2026, latihan keselamatan bersepadu disyorkan untuk diperluas ke kawasan perairan negeri sejajar dengan cabaran keselamatan maritim semasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, walaupun fokus utama eksesais ketika ini adalah ketenteraman awam di darat, landskap keselamatan semasa menuntut perancangan lebih luas termasuk aspek keselamatan di perairan.

Menurutnya, Negeri Sembilan mempunyai laluan perairan dan lautan yang sibuk serta infrastruktur strategik negara di kawasan pantai, menjadikan elemen maritim sebagai komponen penting dalam pelan keselamatan negeri.

“Tadi saya ada juga berbincang, insya-Allah selepas ini mungkin kejadian-kejadian di perairan sebab kita ada perairan walaupun pendek, tetapi perairan kita sibuk mungkin kita tidak tahu apa yang akan berlaku, jadi eksesais ini juga penting,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Eksesais Perisai Bandar di Kem Sikamat di sini, hari ini.

Eksesais Perisai Bandar 2026 yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama tujuh agensi termasuk Tentera Darat Malaysia disertai 580 peserta itu merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini, dengan pendekatan menyeluruh terhadap pengurusan keselamatan di peringkat negeri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI