KINABATANGAN – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kinabatangan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu.
Bagi Parlimen Kinabatangan, Mohd. Kurniawan Naim Moktar, 32, menang dengan majoriti 14,214 undi selepas memperoleh 19,852 undi menewaskan Datuk Saddi Abdul Rahman (5,638 undi) dan Goldam H Salangah (946 undi).
Kemenangan itu meneruskan legasi Allahyarham bapanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada 5 Disember 2025.
Kinabatangan terus kekal sebagai kubu kuat BN dengan gabungan itu memenangi kerusi berkenaan selama enam penggal berturut-turut sejak 1999.
Sementara itu di DUN Lamag, Mohd. Ismail Ayob, 45, memenangi pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 5,681 undi selepas meraih 7,269 undi mengatasi calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek yang memperoleh 1,588 undi.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kinabatangan, Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan rasmi di Dewan Sri Lamag dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafri Arifin. – KOSMO! ONLINE
BN kekal pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag
- Oleh IVAN AMIRUL
- 24 Januari 2026, 11:14 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Teruskan gabungan PH-BN hadapi pilihan raya – Ramanan
5 Mac 2026, 8:42 pm

Biar Bersatu selesai sendiri masalah mereka – Zambry
21 Februari 2026, 3:36 pm

Amanah harap BN bersama PH hadapi PRN Melaka, Johor
20 Februari 2026, 10:55 am

Anwar ucap tahniah kepada BN
25 Januari 2026, 11:22 am

[TIDAK RASMI] BN menang kerusi Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
24 Januari 2026, 8:25 pm

BN mendahului di Kinabatangan, Lamag
24 Januari 2026, 6:54 pm

PRN Melaka dijangka dalam tempoh 10 bulan – Ahmad Zahid
24 Januari 2026, 3:32 pm

PRK Kinabatangan, Lamag: Keputusan dijangka 10 malam
24 Januari 2026, 11:14 am






