fbpx
KIRA-kira 200 pelajar menyertai 'blind date' yang bertukar menjadi huru-hara. - Foto TikTok

Acara ‘blind date’ beramai-ramai bertukar huru-hara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Satu acara ‘blind date’ atau janji temu dengan orang tidak dikenali bertukar huru-hara apabila pelajar sekolah bertempur dengan polis di selatan London, lapor portal berita MailOnline semalam.

Rakaman video di media sosial menunjukkan lebih 200 pelajar berkumpul di Sutton untuk acara tersebut malam kelmarin yang sepatutnya dipenuhi dengan keseronokan.

Namun, acara itu dengan pantas bertukar menjadi huru-hara apabila anggota-anggota polis menghayun baton mereka ke arah pelajar.

Penganjur acara itu yang juga merupakan seorang remaja, ditolak ke sisi sebuah kereta oleh anggota polis, namun dia tidak ditahan.

Khabar angin palsu tersebar di internet selepas perhimpunan itu dengan mendakwa bahawa kekecohan tersebut mempunyai kaitan dengan dua kes tikaman, namun perkara itu dinafikan oleh pihak polis.

Polis kemudian mengeluarkan Perintah Bersurai Seksyen 35, mengarahkan semua yang hadir supaya meninggalkan kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang gangguan selanjutnya.

Difahamkan, mereka yang menyertai acara ‘blind date’ itu perlu bertanya soalan kepada pasangan masing-masing yang tidak dikenali sama ada sambil berdiri, membelakangi satu sama lain atau memakai topeng muka.

Pada akhir pertemuan, peserta perlu berpusing untuk melihat siapa individu yang bercakap dengan mereka.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata: “Polis dimaklumkan mengenai satu perhimpunan besar yang melibatkan sekitar 200 orang muda. Tiada kecederaan dilaporkan dan tidak ada tangkapan dibuat.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN