PERNAHKAH ketika memandu di jalan raya, anda terperangkap di lorong kanan atau tengah sedangkan laluan kiri kelihatan agak lancar? Kenderaan anda bergerak perlahan, brek juga agak kerap ditekan sementara barisan kenderaan pula didapati semakin panjang di belakang. Namun sebaik sahaja berjaya melepasi kesesakan di lorong memotong itu, anda mendapati laluan di hadapannya ‘kosong’, tidak sesak. Kesesakan dialami itu rupa-rupanya berpunca daripada lane hogger (pemonopoli lorong) yang degil, tidak mahu mengubah haluan ke lorong kiri. Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya…














