KUALA LUMPUR -Tiga buah rumah setinggan dan dua buah kenderaan terbakar dalam kejadian berhampiran tanah perkuburan Nirvana, Jalan Bellamy di sini hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.38 pagi dan seramai 24 anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi.
“Pihak kami mendapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah, dua buah kontena sejuk beku dan dua buah kenderaan. Kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat ini, tiada maklumat mangsa cedera dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE














